Data IFO Jerman Menguat ke Paras Tertinggi Julai 2011

35

Data Indeks iklim perniagaan Jerman (German IFO business climate index) mengukuh kepada 112.3 pada Mac dari 111.0 sebelum ini dan juga melebihi jangkaan pasaran 111.1.

Bacaan kali ini adalah yang tertinggi sejak Julai 2011 dengan keyakinan kepada ekonomi secara keseluruhan terus kukuh.

Indeks keadaan semasa mengukuh kepada 119.3 dari 118.4 sebelum ini, manakala komponen jangkaan mengukuh kepada 105.7 dari 104.0 pada Februari.

Komponen perdagangan dan perindustrian meningkat kepada 17.4 dari 15.0 dengan peningkatan yang kukuh dalam sektor pembuatan. Sektor pembinaan juga mengukuh pada Februari yang terbaik sejak tahun 1991. Komponen keyakinan peruncit juga menguat dalam data yang dikeluarkan sebentar tadi.

Dalam komen Ketua IFO, Fuest mengatakan syarikat mengambil berat terhadap risiko jangka panjang terutamanya dengan teknologi baru walaupun ekonomi Jerman terus berkembang baik.

Walaupun matawang Euro telah bergerak dari paras terendah berbanding US dolar, Euro masih lagi kompetitif dalam perdagangan global yang akan terus merangsang eksport negara ini.

Perkembangan politik akan terus diberi perhatian pada jangka pendek di mana keyakinan dalam keadaan perniagaan semakin baik apabila Macron mendahului Le Pen dalam beberapa tinjauan pendapat sebelum ini.

Tiada reaksi pasaran yang signifikan selepas data ini dikeluarkan pukul 4 petang tadi, namun ketika ini Euro dilihat terus menguat dengan Eur/Usd didagang di sekitar 1.0865.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat