Data Industri Amerika Syarikat Meleset Daripada Jangkaan

92

Aktiviti perniagaan di New York merosot buat kali kedua berturut-turut dan meleset daripada jangkaan seperti yang ditunjukkan oleh laporan Federal Reserve cawangan New York pada Jumaat.

Indeks pembuatan Empire State merosot ke paras 18.0 pada Disember dari bacaan sebelum ini 19.4. Jangkaan pasaran untuk data kali ini adalah 18.8.

Bacaan di atas 0.0 menunjukkan keadaan yang berkembang dalam sektor pembuatan dan kurang daripada 0.0 menunjukkan aktiviti pembuatan yang semakin merosot.

Indeks tempahan baru dan penghantaran menunjukkan pengukuhan. Manakala petunjuk pasaran buruh hanya meningkat sedikit berbanding bulan lalu. Indeks harga input dan harga jualan pula meningkat lebih pantas. Indeks yang mengukur aktiviti perniagaan selama enam bulan ini menunjukkan keadaan perniagaan kekal meyakinkan.

Pengeluaran Industri

Kedua-dua pengeluaran industri dan pembuatan meningkat kurang daripada jangkaan pada November mengurangkan keyakinan terhadap ekonomi.

Dalam laporan yang dikeluarkan pada Jumaat, pengeluaran industri meningkat 0.2% pada November berbanding jangkaan kenaikan 0.3%.

Pengeluaran sektor pembuatan juga meningkat 0.2% berbanding jangkaan kenaikan 0.3%.

Laporan juga menunjukkan kadar utilisasi kapasiti yang menunjukkan peratusan sumber yang telah digunakan oleh kilang mencatat bacaan 77.1% di bawah jangkaan 77.3%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat