Data Inflasi AS Bantu Redakan Kebimbangan Pasaran Minyak

127

Minyak mentah didagangkan sedikit meningkat selepas bacaan inflasi Amerika Syarikat yang lebih perlahan daripada dijangkakan membantu mengimbangi kebimbangan pasaran terhadap permintaan yang lemah.

Inflasi pengguna AS tanpa dijangka meningkat lebih rendah daripada dijangkakan pada bulan Julai, dengan catatan 8.5% daripada jangkaan kenaikan 8.7% oleh pasaran. Ini turut menunjukkan penurunan daripada puncak tertinggi yang dicatatkan pada Jun, 9.1%.

US dolar menjunam rendah susulan bacaan tersebut memandangkan pelabur telah mula meletakkan jangkaan untuk kenaikan 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada September.

Ini secara tidak langsung menyokong dagangan minyak mentah yang sebelum ini bimbang terhadap risiko kemelesetan ekoran langkan pengetatan agresif oleh Fed.

Bagaimanapun pada masa yang sama, peningkatan berterusan dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat membantutkan kemajuan komoditi hitam itu lebih tinggi.

Data terbaru dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS menunjukkan inventori minyak AS meningkat 5.5 juta tong pada minggu lepas, jauh lebih tinggi daripada kenaikan 73,000 tong yang dijangkakan pasaran.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent sedikit menokok pada $97 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat naik pada $91 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat