Data Inflasi AS Jadi Tumpuan, Mampukah USD Bangkit Semula?

586

Setelah dikecewakan dengan kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell, pelabur kini mengalihkan tumpuan kepada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Pembukaan sesi Eropah, memperlihatkan dolar greenback didagangkan stabil di sekitar paras terendah dua bulan berbanding pesaing utamanya.

US dolar suram selepas komen daripada Powell yang mengulangi semula jangkaan bahawa pembelian aset akan tamat pada bulan Mac dan kenaikan kadar dijangka bakal dinaikkan selepas itu.

Namun, kewaspadaan Powell dalam memberi indikasi untuk pengurangan dalam balance sheet bank pusat, menyebabkan pelabur sedikit kecewa kerana dilihat Fed masih tidak bersedia untuk bertindak lebih agresif.

Pelabur kini mengambil langkah berhati-hati menjelang data inflasi yang dijangka akan menunjukkan pertumbuhan lebih perlahan berbanding bulan sebelumnya.

Mata wang pound terus mempertahankan momentum pengukuhannya untuk berada di paras tertinggi dua bulan berbanding dolar greenback.

Sementara itu, matawang euro masih tersekat untuk mencatatkan peningkatan lebih tinggi berikutan ketiadaan pemangkin yang jelas dari Zon Eropah.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi diniagakan stabil selepas mencatatkan keuntungan daripada penyusutan US dolar pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat