Data Inflasi AS Jadi Tumpuan Pasaran Hari Ini

299

Sesi dagangan pada Rabu mempamerkan dolar Amerika Syarikat berlegar di sekitar paras terendah 11 minggu berbanding matawang utama yang lain berikutan jangkaan kuat terhadap Federal Reserve (Fed) yang bakal menurunkan kadar faedah untuk mesyuarat yang akan datang.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap mesyuarat polisi Fed pada 18-19 Jun dan mendapatkan sebarang petunjuk dari bank pusat untuk gambaran dasar monetari yang seterusnya.

Tumpuan hari ini akan terarah pada data inflasi di Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada jam 8.30 malam. Data ini dilihat sebagai indikator penting yang menjadi tumpuan bank pusat dan akan mempengaruhi keputusan pada mesyuarat dasar monetari.

Dolar Euro masih stabil didagangkan berbanding USD dan bergerak di sekitar paras tertinggi tiga bulan. Matawang Eropah tersebut terkesan oleh tuduhan Presiden Donald Trump yang menyatakan Eropah sengaja merendahkan nilai matawang mereka dan memberi kesan negatif terhadap dolar USD.

Pound Sterling mula melonjak kembali dari paras terendah lima bulan berbanding Euro pada dagangan semalam selepas data kadar gaji di Britain untuk tiga bulan sehingga April meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan. Sebelum itu, data ekonomi pada Isnin menunjukkan pertumbuhan GDP Britain mencatatkan penguncupan pada April.

Laporan data pekerjaan UK semalam yang positif sedikit memberi nafas lega buat dagangan GBP berikutan masih dilanda kebimbangan terhadap ketidakstabilan politik di mana pencalonan baru bagi menggantikan jawatan Theresa May menjadi perhatian pada minggu ini.

Perkembangan perang dagang yang masih tegang di antara Amerika Syarikat dan China turut memberi tempias buat dagangan matawang komoditi dalam pasaran khususnya dolar Australia. Aussie lebih tertekan pada sesi pasaran Asia pagi ini selepas data keyakinan pengguna di Australia tinjauan Westpac mencatatkan kejatuhan pada bacaan bulan Jun.

Data inflasi China yang dikeluarkan pada jam 9.30 pagi ini menepati jangkaan pasaran apabila bacaan meningkat kepada 2.7% berbanding 2.5% sebelumnya. Kenaikan pada data indeks harga pengguna adalah didorong oleh kenaikan pada harga makanan, khususnya daging khinzir.

Sebaliknya, komponen teras inflasi menurun dengan jangkaan bank pusat akan memantau semula harga daging khinzir dan menjadikan petunjuk bagi penurunan inflasi teras kepada polisi yang lebih fleksibel.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat