Data Inflasi Australia Lemah, AUD/USD Dijangka Menjunam?

686

Tumpuan dagangan di sesi pasaran Asia pada Rabu dilihat terarah pada matawang dolar Australia berikutan data inflasi Australia diterbitkan.

Bacaan indeks harga pengguna di Australia untuk suku tahun kedua mencatatkan angka yang menurun kepada -1.9% berhampiran dengan jangkaan -2.0%.

Bacaan negatif tersebut memberi gambaran perbelanjaan pengguna yang menurun berikutan ekonomi yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

Hal ini bakal memberi kesan terhadap pandangan bank pusat dalam menetapkan polisi monetari terbaru. Mesyuarat bank pusat Australia (RBA) akan menjadi tumpuan pada minggu hadapan.

Dolar Australia memberi reaksi lemah susulan data tersebut dikeluarkan namun penurunan harga dilihat terhad.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD dilihat kembali menguji semula zon resistance di bawah paras 0.71800.

US dolar bergerak perlahan dalam pasaran sementara pelabur nantikan keputusan mesyuarat FOMC dan juga data pertumbuhan ekonomi AS untuk suku tahun kedua.

Harga pada carta AUD/USD walau bagaimanapun masih dijangka akan meneruskan kenaikan oleh para pelabur dengan pergerakan harga masih di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang belum memberi isyarat perubahan trend bearish.

Jika kenaikan lebih tinggi harga berjaya melepasi zon resistance 0.71800, harga dijangkakan akan meneruskan kenaikan berkemungkinan boleh mencapai ketinggian sehingga paras 0.73000.

Namun jika harga membuat penurunan semula setelah gagal ditembusi, harga bakal kembali ke paras tumpuan seperti ke paras 0.70800 sebelum menuju zon RBS (resistance become support) dalam julat 0.70300-0.70000.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat