Data Inflasi Australia Meningkat Dorong AUD/USD Kembali Catat Kenaikan

255

Matawang dolar Australia kembali mempamerkan pengukuhan pada sesi Asia pagi ini susulan data inflasi Australia untuk suku keempat 2019 mencatatkan bacaan tertinggi 1 tahun.

Kadar inflasi tahunan Australia meningkat kepada 1.8% lebih tinggi berbanding jangkaan 1.7%. Indeks harga pengguna suku keempat 2019 meningkat kepada 0.7% mengatasi ramalan 0.6% berbanding bacaan sebelumnya 0.5%.

Bacaan inflasi yang positif ini dilihat telah mengurangkan jangkaan untuk bank pusat Australia menurunkan kadar faedah bagi mesyuarat dasar monetari pada Februari.

Reserve Bank of Australia (RBA) telah menurunkan kadar faedah 3 kali pada 2019 dan kini kadar faedah berada di paras terendah pada 0.75%.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD masih menjadi tumpuan pelabur dengan penurunan harga semalam terus mencatatkan paras terendah 3 bulan terbaru mencecah paras 0.67360.

Berbanding US dolar, Aussie kekal diniagakan lemah berikutan masih dibayangi sentimen berisiko pasaran yang terjejas dengan ancaman wabak Coronavirus.

Namun, pengukuhan dipamerkan pada dagangan sesi Asia pagi ini pada carta AUD/USD susulan data inflasi Australia diterbitkan positif.

Harga telah bergerak melepasi paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan isyarat awal untuk perubahan trend berkemungkinan berlaku. Namun kenaikan yang ditunjukkan harga adalah lemah.

Jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi, paras tumpuan 0.68000 dilihat akan diuji harga sebelum kenaikan seterusnya akan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar 0.68300.

Sebaliknya jika harga menyambung siri penurunan sebelum ini, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru setelah melepasi paras support harga semalam.

Penurunan boleh mencecah sehingga ke paras support 0.66700 yang diuji pada dagangan September tahun lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat