Data Inflasi China Gagal Lonjakkan Kiwi, Mengapa Pergerakan NZD/USD Perlahan?

269

Matawang dolar New Zealand pada sesi pasaran Asia pagi ini tidak begitu menunjukkan impak ketara susulan data inflasi tahunan China yang meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 8 tahun.

Data inflasi China yang diterbitkan telah menyokong dagangan dolar Aussie, namun kenaikan harga bagi matawang Kiwi dilihat perlahan.

Ini adalah didorong faktor kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat dasar monetari bank pusat New Zealand pada Rabu.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada mesyuarat terakhir November 2019 yang lalu telah mengekalkan kadar faedah di paras 1.00% mengatasi jangkaan penurunan 25 mata asas. Ahli jawatankuasa mesyuarat juga berpendapat kadar faedah perlu kekal berada di paras yang rendah untuk tempoh yang lebih panjang.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang NZD/USD, harga telah membuat penurunan pada minggu lalu ke paras terendah sejak November 2019 sekitar bawah paras harga 0.64000.

Paras tersebut juga merupakan zon support yang gagal ditembusi harga pada dagangan November lalu.

Dagangan US dolar juga masih perlahan pada awal sesi minggu ini selepas data pekerjaan NFP Jumaat lalu diterbitkan bercampur-campur.

Bersambung pada dagangan minggu ini, harga menunjukkan kenaikan dari zon support tersebut dan pergerakan harga perlahan pada sesi Asia sehingga bersambung ke sesi Eropah.

Harga yang masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta NZD/USD, menunjukkan trend masih bearish.

Kenaikan harga berkemungkinan menuju paras 0.64300 sebelum kembali membuat penurunan semula.

Penurunan akan cuba melepasi zom support 0.64000 sebelum meneruskan penurunan ke paras lebih rendah mencatatkan paras terendah terbaru.

Namun jika harga membuat kenaikan melepasi halangan dinamik MA50, harga bakal memberikan isyarat awal perubahan trend dan kenaikan akan menuju paras tumpuan pada 0.64600 dan seterusnya ke paras 0.65000.

Lihat gambar carta pasangan matawang NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat