Data Inflasi China Sokong Pengukuhan Aussie, AUD/USD Pamer Kenaikan

213

Matawang dolar Australia memulakan dagangan pada Isnin dengan positif apabila mencatatkan pengukuhan harga pada sesi Asia.

Ini adalah didorong oleh data inflasi China pada Januari yang diterbitkan sebentar tadi mencatatkan bacaan yang meningkat kepada 5.4% mengatasi jangkaan peningkatan kepada 4.9% dari bacaan bulan sebelumnya 4.5%.

Bacaan tersebut jgua mencatatkan kadar inflasi tertinggi China untuk tempoh lebih 8 tahun iaitu sejak Oktober 2011 yang lalu.

Jika diperhatikan, pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD, penurunan harga pada minggu lalu telah mencecah pada zon support sekitar paras 0.66700.

Namun, memulakan dagangan pada minggu ini, harga kembali mencatatkan kenaikan dari zon support tersebut melepasi zon minor SBR (support become resistance) pada 0.66850 dan meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Harga bakal menguji paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) sebelum meneruskan semula penurunan sekiranya ancaman wabak Coronavirus masih memberi tekanan buat Aussie.

Angka kematian akibat virus tersebut telah meningkat kepada 908 kematian sementara 40,171 kes jangkitan virus disahkan.

Namun jika harga pada carta AUD/USD berjaya mengekalkan kenaikan, harga bakal menguji zon tumpuan pada sekitar 0.67400 sebelum menguji resistance pada 0.67700.

Sebaliknya jika harga terus membuat penurunan lebih rendah, zon support 0.66700 yang diuji minggu lalu bakal ditembusi harga.

Penurunan lebih rendah pada zon support tersebut akan mencatatkan paras terendah terbaru pada carta AUD/USD sejak tahun 2009.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat