Data Inflasi CPI Amerika Syarikat Kurang Memberangsangkan

455

Harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat jatuh buat pertama kali dalam tempoh 10 bulan pada Mac berikutan kejatuhan harga gasolin. Harga teras (Core-CPI) pula terus kukuh berikutan kenaikan harga produk penjagaan kesihatan dan sewa kediaman.

CPI pada Mac merosot 0.10% iaitu kejatuhan pertama dan terbesar sejak Mei 2017. Data sebelum ini merekodkan kenaikan 0.20% pada Februari.

Bacaan tahunan (YoY) menunjukkan CPI naik 2.40% pada Mac. Bacaan yang dikira dengan membandingkan bacaan Mac 2017 dan bulan Mac tahun 2018 ini membuat kenaikan yang memberangsangkan berikutan bacaan yang begitu rendah tahun lalu.

Tidak banyak kesan kepada pasaran forex selepas data ini dikeluarkan dengan US dollar hanya membuat sedikit pengukuhan. Walaupun bacaan bulanan meleset tetapi bacaan tahunan dilihat lebih penting oleh pasaran. Oleh sebab itu, kita melihat sedikit kenaikan US dollar sebentar tadi.

Data pada hari ini dilihat kurang mempengaruhi pasaran dengan pasaran sedang bimbang terhadap risiko geopolitik antara AS-Rusia selepas komen yang dikeluarkan oleh Trump di Twitter dua jam yang lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat