Data Inflasi Kanada Kekal Pada Bacaan 2.0% Pada Bulan Julai!

173

Jabatan Statistik Kanada melaporkan inflasi Kanada lebih kukuh berbanding jangkaan, dengan ini bacaan tekanan harga sejajar dengan sasaran bank pusat. Justeru ia membawa indikasi para pembuat dasar kekurangan satu sebab untuk mempertimbangkan pemontongan kadar faedah dengan segera.

Inflasi harga pengguna mencatat bacaan 2% berdasarkan kiraan tahunan pada bulan Julai. Bacaan ini mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang menjangkakan inflasi akan bertumbuh perlahan kepada 1.7%. Inflasi teras meningkat kepada 2.03%.

Antara faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan kadar inflasi ialah pergerakan harga minyak gas. Pergerakan inflasi yang dinamik dan kukuh adalah salah satu sebab mengapa pakar ekonomi dan pasaran menjangkakan pemotongan kadar faedah yang lebih sedikit dan perlahan oleh Bank Pusat Kanada.

Pasaran menjangkakan akan terdapat satu kali sahaja pemotongan kadar faedah pada tahun ini. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir penganalisis yang jangkakan pemotongan kadar faedah seawal bulan hadapan berikutan ketegangan perdagangan global.

Susulan laporan ini dikeluarkan, matawang CAD sebanyak 0.3% kepada C$1.3278 berbanding US dolar setakat jam 9.35p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat