Data Inflasi New Zealand Melebihi Jangkaan Pasaran, Dagangan Kiwi Melonjak!

236

Data inflasi New Zealand yang memberangsangkan telah mendorong lonjakan buat dagangan kiwi untuk diniagakan mengukuh berbanding US dolar pada sesi Asia hari ini.

Indeks harga pengguna (CPI) New Zealand pada suku keempat 2019 naik 0.5% manakala kadar inflasi tahunan pula meningkat 1.9% daripada 1.5% suku sebelumnya.

Peningkatan yang dicatatkan ini merupakan yang tertinggi dalam tempoh satu tahun dengan melebihi jangkaan pasaran sebanyak 1.8%.

Statistik New Zealand melalui data yang diterbitkan pagi ini mendedahkan antara faktor mendorong peningkatan ini adalah indeks harga pengguna bagi komponen sewa yang melonjak sebanyak 0.8% pada suku keempat 2019 dan 3.1% secara tahunan. Bacaan ini merupakan lonjakan tahunan terbesar sejak tahun 2008.

Selain itu, harga pengguna tidak termasuk makanan, bahan bakar dan tenaga naik 2% daripada tahun sebelumnya, meningkat daripada 1.8% pada suku ketiga.

Pada paras 1.9%, inflasi dilihat telah menghampiri titik tengah sasaran antara 1% hingga 3% yang ditetapkan oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ). Ini menyebabkan jangkaan pasaran untuk RBNZ menurunkan kadar faedah semasa dalam masa terdekat semakin berkurangan.

Penganalisis ekonomi menjangkakan kadar inflasi terus meningkat sehingga mencecah titik tengah sasaran pada 2% tahun ini, tetapi mungkin hanya untuk sementara dan bagi mengekalkan momentum sehingga 2021, bank pusat mungkin sekali lagi mengurangkan kadar faedah mereka pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat