Data Inflasi Punca Panik, Pasaran Saham ‘Berdarah’ Mengenang Nasib

362

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang melewati unjuran menyebabkan indeks saham utama Wall Street terutamanya saham teknologi menjunam sementara penanda aras hasil bon melonjak.

Indesk Saham Di Bawah Tekanan

Pasaran Wall Street dalam pengunduran dengan indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 1.47% pada 35,241.59 mata, S&P 500 hilang 1.81% pada 4,504.06 dan Nasdaq Composite turun 2.1% pada 14,185.64.

Bagi tahun 2022 sahaja, S&P kini sudah menyusut sebanyak 5% sementara Nasdaq turun sebanyak 9% serta saham teknologi yang mencatat keuntungan berganda sebelum ini jatuh 2.75% secara keseluruhan.

Indeks ekuiti MSCI seluruh dunia menjunam dari keuntungan yang dicatat pada sesi sebelum ini.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah menyusut 0.2% sementara hasil bon melonjak dan FTSE 100 mencanak 0.38%.

Sentimen Kebimbangan Kembali Menular

Data harga pengguna yang mengukuh pada Januari, menandakan peningkatan tahunan terbesar dalam kadar inflasi sepanjang 40 tahun, telah mencetus perbincangan dalam pasaran kewangan mengenai kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada bulan depan, Mac.

Ekoran daripada itu, hasil bon melonjak apabila pelabur menjangkakan Fed akan mula mengetatkan dasar monetari serta jangkaan bank pusat AS yang akan menamatkan kunci kira-kiranya.

Hasil nota penanda aras 10 tahun AS mencapai paras 2% buat kali pertama sejak Ogos 2019.

Pasaran mata wang menjangkakan kenaikan kadar pertama oleh European Central Bank (ECB) menjelang Jun, selepas presiden ECB memberi isyarat kenaikan pada minggu lepas, selain Bank of Japan (BOJ) mengumumkan ia akan membeli bon kerajaan 10 tahun tanpa had pada 0.25%.

Yen Jepun naik 0.51% berbanding dolar yang sedang bergelora sementara Euro turun 0.14%.

Sektor komoditi menyaksikan harga emas mengundur dari keuntungan dengan penurunan 0.37% pada $1,825.69 sementara niaga hadapan emas AS kekal pada $1,837.40.

Harga minyak mentah Brent susut 0.2% pada $91.41 setong sementara minyak mentah AS naik 0.3% pada $89.88 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat