Data Inflasi Tumpuan Indeks PCE April Buatkan Pasaran Semakin Khuatir! Ini Sebabnya

2,041

Perbelanjaan pengguna A.S melonjak lebih daripada jangkaan pada bulan April, manakala inflasi tahun dilihat semakin memuncak. Ini dilihat sesuatu yang mengkhuatirkan kerana boleh mengekang pertumbuhan ekonomi pada suku kedua di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi.

Perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih daripada dua pertiga daripada aktiviti ekonomi A.S., meningkat 0.9% pada bulan lepas berdasarkan laporan Jabatan Perdagangan pada hari Jumaat. Data untuk bulan Mac telah disemak lebih tinggi yang menunjukkan bacaan 1.4% berbanding 1.1% seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Para pakar ekonomi berdasarkan tinjauan malahan meramalkan perbelanjaan pengguna meningkat 0.7%.Data yang tinggi ini disokong oleh kenaikan gaji yang kukuh, dengan syarikat berebut untuk mengisi rekod 11.5 juta pembukaan pekerjaan pada akhir Mac.

Pada ketika ini Rizab Persekutuan (The Fed) telah mengambil pendirian dasar kewangan yang hawkish bagi meredakan inflasi yang tinggi dan mengembalikannya kepada sasaran 2% namun ia telah menimbulkan kebimbangan terhadap kemelesetan, mencetuskan penjualan ekuiti dan lonjakan dalam hasil Perbendaharaan A.S. dan US dolar.

Kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi juga telah diburukkan lagi oleh perang berlarutan Rusia terhadap Ukraine serta dasar sifar COVID-19 China, yang telah menjerat rantaian bekalan.

Bank pusat A.S. telah menaikkan kadar faedah dasarnya sebanyak 75 mata asas sejak Mac. The Fed dijangka akan menaikkan kadar semalaman sebanyak setengah mata peratusan pada setiap mesyuarat seterusnya pada bulan Jun dan Julai.

Anggaran pertumbuhan untuk suku kedua dilihat akan melebihi kadar tahunan 2.0%. Ekonomi telah menguncup pada kadar 1.5% pada suku Januari-Mac yang dipengaruhi oleh rekod defisit perdagangan dan pengumpulan inventori yang lebih perlahan.

Walaupun inflasi terus meningkat pada bulan April, ia tidak pada kadar yang sama seperti dilihat alam beberapa bulan kebelakangan ini. Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) meningkat 0.2% bulan lepas selepas meningkat 0.9% pada bulan Mac. Dalam tempoh 12 bulan hingga April, indeks harga PCE meningkat 6.3% selepas melonjak 6.6% pada bulan Mac.

Kenaikan indeks harga PCE tahunan semakin perlahan kerana peningkatan besar pada tahun lalu. Tanpa mengira komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, indeks harga PCE meningkat 0.3%, meningkat dengan margin yang sama selama tiga bulan berturut-turut. Indeks harga teras PCE meningkat 4.9% dari tahun ke tahun pada bulan April selepas meningkat 5.2% pada bulan Mac.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama menyusut sedikit sebanyak 0.13% kepada paras dagangan 101.698 selepas data PCE dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat