Data Inflasi UK Jadi Duri Dalam Daging, Kebangkitan GBP/USD Terbantut

188

Mencuri perhatian pelabur pada dagangan Rabu semalam, mata wang Pound terus dihentam kuat selepas terbitan data inflasi UK yang meningkat lebih tinggi mengatasi angka jangkaan.

Kadar inflasi UK telah meningkat ke paras tertinggi terbaru sejak 1982 sebanyak 10.1% untuk bacaan Julai, dengan jangkaan untuk Bank of England (BOE) bakal menaikkan kadar faedah sebanyak setengah mata asas pada mesyuarat seterusnya pada September.

Sekiranya jangkaan tersebut berlaku, ia bakal menjadikan kenaikan kadar ketujuh berturut-turut dan membuatkan kos pinjaman ke tahap tertinggi sejak 2008, namun laporan pekerjaan terkini sudah menunjukkan tanda-tanda bahawa pasaran buruh mulai ‘sejuk’.

Sementara mata wang US dolar pula dipengaruhi oleh tumpuan terhadap jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyuarat September selepas laporan minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan di awal pagi tadi diteliti oleh pelabur.

Sebelum itu, data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan terlebih dahulu di sesi New York yang menyokong pengukuhan US dolar pada awalnya sebelum raja mata wang itu mula pamerkan reaksi pergerakan suram selepas terbitan laporan minit FOMC.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD juga dilihat menyambung semula penyusutan harga yang gagal untuk kekal berada di atas paras 1.210000 dan menunjukkan isyarat untuk meneruskan trend bearish semula selepas penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Jika diperhatikan, harga dilihat menunjukkan lonjakan pada Selasa lalu dari zon support 1.20000, namun selepas terbitan data inflasi UK pada Rabu semalam, harga kembali menyusut selepas mencapai paras ketinggian 1.21400 dengan penurunan harian sekitar 110 pips dicatatkan.

Harga membuat penurunan menuju semula ke zon 1.20000, namun dilihat terdapat lantunan pada penutup dagangan sesi New York semalam ekoran reaksi harga terhadap minit FOMC.

Dengan corak harga yang dipaparkan, penurunan lebih rendah bakal dijangkakan untuk harga menyusut di bawah zon sokongan 1.20000 dengan sasaran untuk menuju pula ke paras sekitar 1.19400 atau lebih rendah lagi pada 1.18800 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Sebaliknya jika berlaku perubahan arah harga yang menaik semula, melepasi paras halangan MA50 akan mendorong harga menguji semula rintangan pada 1.21000 sebelum pelabur menilai petunjuk untuk perubahan trend tersebut.

Kenaikan harga yang diteruskan dilihat akan menuju pula ke zon 1.22000 sebelum sasaran lebih tinggi jika harga mengekalkan pergerakan trend bullish adalah pada ketinggian 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat