Data Inflasi US (PCE) Merosot, Adakah Ini Suatu Berita Baik?

871

Perbelanjaan pengguna Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan meningkat lebih banyak daripada yang dijangkakan pada bulan Jun berikutan program vaksinasi Covid-19 yang telah mendorong peningkatan dalam permintaan terhadap perkhidmatan rekreasi. Namun sebahagian daripada kenaikan tersebut mencerminkan harga yang lebih tinggi, dengan inflasi tahunan yang meningkat lebih tinggi daripada sasaran 2% Rizab Persekutuan.

Perbelanjaan pengguna, yang menyumbang lebih dari dua pertiga aktiviti ekonomi A.S., meningkat 1.0% pada bulan lalu setelah jatuh 0.1% pada bulan Mei berdasarkan laporan Jabatan Perdagangan pada hari Jumaat.

Hampir separuh daripada populasi rakyat A.S telah diberi vaksin, yang membolehkan rakyat Amerika melakukan perjalanan, mengunjungi restoran, dan menghadiri acara. Disamping itu, perbelanjan terhadap barang tetap kukuh.

Secara amnya, perbelanjaan pengguna meningkat pada kadar tahunan 11.8% pada suku kedua dan merangkumi sebahagian besar kadar pertumbuhan ekonomi 6.5%.

Dengan permintaan melebihi penawaran, inflasi justeru semakin meningkat. Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE), tidak termasuk komponen makanan dan tenaga yang tidak menentu, meningkat 0.4% pada bulan Jun setelah naik 0.5% pada bulan Mei.

Bank pusat A.S. pada hari Rabu mengekalkan kadar faedah penanda aras semalaman berhampiran sifar dan membiarkan program pembelian bon tidak berubah. Ketua Pegerusi the Fed Jerome Powell, yang mengaitkan inflasi yang tinggi dengan kekangan bekalan ketika ekonomi dibuka semula,

Dengan peningkatan fiskal semakin pudar dan kes Covid-19 meningkat di negeri-negeri yang kadar vaksinasi yang lebih rendah maka perbelanjaan pengguna dijangka akan terus meningkat.

Indeks US dolar dilaporkan terus mengukuh 0.06% kepada paras dagangan 91.922 berbanding matawang utama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat