Data Inflasi US (PCE) Merosot Beri Tekanan Kepada The Fed

83

Indeks perbelanjaan penggunaan peribadi US (Personal Consumption Expenditure, PCE) merosot 0.2% pada Mac berbanding bulan sebelum itu yang merekod kenaikan 0.1%. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac indeks ini susut ke 1.8% dari 2.1% dan jangkaan pasaran 1.9%.

Bacaan Core PCE (Asas-PCE) pula susut 0.1% pada tempoh sama yang sejajar dengan jangkaan pasaran di mana dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac bacaan ini merosot kepada 1.6% dari 1.8%.

Kenaikan inflasi ke paras sasaran The Fed 2.0% akan menjadi perhatian minggu ini dengan bank pusat US itu akan mengadakan mesyuarat pada Khamis.

Pada Februari lepas, bacaan indeks yang mejadi pilihan The Fed menganggar inflasi ini naik sehingga melebihi 2.0% berikutan kesan kenaikan harga bahan api, tetapi kadar-asas (core-rate) masih lagi di bawah 2.0%. Kini kadar utama juga telah susut ke bawah paras 2.0% semula.

Majoriti ahli FOMC meramalkan kadar inflasi menuju ke paras 2.0% walaupun masih ada ketidaktentuan dengan sesetengah ahli yang masih ‘dovish‘ dengan tekanan inflasi yang masih lemah untuk menolak inflasi lebih tinggi.

Data PCE secara keseluruhan akan meningkatkan keraguan terhadap trend terkini inflasi di US dan akan menyebabkan The Fed lebih berhati-hati dengan perancangan menaikkan kadar mereka pada mesyuarat Jun.

Data ini dikeluarkan pada Isnin pukul 8.30 malam yang meyebabkan US dolar melemah sejurus ia dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat