Data Inflasi Yang Mendebarkan, Ini Perkara Perlu Diketahui Pasaran Menjelang Laporan!

805

Pada keesokan hari laporan inflasi akan dikeluarkan. Data ini antara data yang paling dinantikan oleh ramai pihak kerana ia mampu untuk mempengaruhi the Fed dalam membuat keputusan mengenai kenaikan kadar.

Indeks harga pengguna Januari, yang akan dikeluarkan pada Khamis, adalah salah satu keluaran data terpenting sebelum mesyuarat bank pusat pada bulan Mac, yang telah diisyaratkan oleh Pengerusi Jerome Powell akan memulakan beberapa siri kenaikan kadar faedah.

Bacaan di atas unjuran kenaikan inflasi tahunan sebanyak 7.3% berkemungkinan akan menekan the Fed untuk mempertimbangkan kenaikan separuh mata peratusan yang pertama sejak tahun 2000.

Powell menyatakan bulan lalu dia tidak akan menolak kenaikan setengah mata, ditambah pula selepas laporan pekerjaan Januari yang kukuh tanpa diduga di mana bacaan itu mengatasi semua anggaran. Pemain pasaran semakin yakin bahawa Fed akan lebih agresif. Berdasarkan dana niaga hadapan the Fed, mereka kini melihat peluang satu pertiga kenaikan 50 mata asas, berbanding satu perlima sebelum data pekerjaan.

Memandangkan pasaran buruh yang kukuh hari ini, fungsi reaksi Fed bergantung pada satu pembolehubah inflasi. Walaupun begitu, ia adalah langkah berisiko untuk Powell, yang sedang menunggu pengesahan untuk meneraju negara itu untuk tempoh empat tahun berikut.

Pengkritik berkata the Fed terlalu lambat untuk bertindak dan kini berada di belakang dalam menangani inflasi, dan langkah menaikan separuh mata adalah wajar.

Bagi Presiden Joe Biden dimana partinya berisiko kehilangan majoriti kongres yang tipis dalam pilihan raya pertengahan tahun ini adalah lebih penting lagi Powell melakukannya dengan betul.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat