Data Jangkaan Inflasi New Zealand Bakal Pengaruhi Keputusan Bank Pusat?

292

Berdasarkan tinjauan terbaru oleh Reserve Bank of New Zealand (RBNZ), jangkaan inflasi New Zealand merosot kepada 1.80% pada suku keempat 2019 daripada 1.86% yang dicatatkan pada suku ketiga.

Jangkaan inflasi diukur melalui peratusan pengurus perniagaan yang menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan berubah setiap tahun dalam tempoh dua tahun akan datang. Dua tahun dilihat sebagai tempoh masa apabila tindakan dasar monetari bank pusat dijelaskan melalui harga.

Dengan pengeluaran data tersebut, ia menunjukkan kecenderungan bank pusat untuk mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat penetapan polisi monetari pada esok.

Susulan daripada itu, dagangan kiwi terus berada di bawah tekanan untuk jatuh kepada 0.63258 berbanding dolar USD memandangkan data yang diterbitkan adalah sehari menjelang keputusan polisi oleh bank pusat New Zealand, jadi pasaran lebih sensitif daripada kebiasaannya.

Sementara itu, indeks keyakinan perniagaan di Australia bagi bulan September telah mencatatkan peningkatan kepada angka 2, berbanding jangkaan dan bacaan terdahulu pada Ogos iaitu 0.

Peningkatan dalam sentimen perniagaan didorong oleh kenaikan dalam jualan dan keuntungan manakala pekerjaan pula tidak berubah. Secara keseluruhannya, sektor perlombongan, pembinaan dan perkhidmatan bertambah baik, manakala runcit juga meningkat walaupun masih lemah.

Bagaimanapun, data tersebut gagal mengangkat dagangan dolar Australia di mana sentimen kekal dipengaruhi oleh ketidakpastian perjanjian perdagangan AS dan China serta kemelut di Hong Kong.

Ketegangan pergolakan semakin meningkat di Hong Kong apabila polis melepaskan gas pemedih mata di sebuah kampus universiti pada hari Selasa, sehari selepas dua penunjuk perasaan ditembak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat