Data Jualan Runcit AS Harapan Terakhir USD Untuk Bangkit Semula!

775

Melangkah masuk ke sesi Eropah, dolar greenback kekal didagangkan suram dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat pada malam ini.

Para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) terus menyuarakan pandangan hawkish untuk menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi.

Ketika memberi keterangan di hadapan Senat AS, Gabenor Fed Lael Brainard mengatakan bahawa mereka akan bersedia untuk mula menaikkan kadar sebaik sahaja program pembelian bon berakhir.

Sementara Gabenor Fed, Christopher Waller pula berpendapat tiga kenaikan kadar pada 2022 adalah sesuai dan bank pusat AS boleh mula mengurangkan balance sheet mereka menjelang musim panas.

Bagaimanapun, kenyataan ini gagal meningkatkan hasil bon AS dan penyusutan dalam data indeks harga pengeluar (PPI) menyukarkan US dolar untuk mendapat permintaan menjelang penghujung minggu.

Dalam pada itu, mata wang euro terus mendapat manfaat dari kelemahan USD untuk didagangkan lebih tinggi, menyaksikan pergerakan harga semakin menghampiri paras 1.1500 untuk ditembusi.

Dolar Aussie dan kiwi pula kekal stabil walaupun pergerakan harga dilihat berhenti membuat kenaikan, memperlihatkannya didagangkan mendatar berhampiran paras ketinggian satu bulan berbanding USD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat