Data Jualan Runcit AS Kukuhkan Dagangan USD, Euro Pula Kembali Lemah

336

Matawang Pound Sterling pada dagangan Khamis meneruskan kejatuhan walaupun data jualan runcit UK yang dikeluarkan semalam mencatatkan bacaan yang baik. Ketidaktentuan pada isu Brexit masih menjadi faktor yang membelenggu kegelisahan para pelabur terhadap dagangan GBP.

Dagangan Sterling sukar dijangka dan keadaan tersebut bakal berterusan sehingga tarikh akhir Brexit yang dilanjutkan pada 31 Oktober.

Dagangan Sterling berbanding USD terus ditekan lebih rendah ekoran pengukuhan USD yang kembali mendapatkan momentumnya semula.

Data jualan runcit di Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada jam 8.30 malam semalam mencatatkan bacaan yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan dan telah kembali mengukuhkan semula dagangan dolar Amerika itu.

Kadar jualan runcit di Amerika Syarikat melonjak ke paras 1.6% untuk bulan Mac mengatasi jangkaan kenaikan 0.9% oleh pasaran dan jauh lebih tinggi daripada bacaan penurunan 0.2% pada bulan Februari. Begitu juga bacaan jualan runcit teras yang meningkat 1.2% mengatasi jangkaan 0.7% lebih tinggi berbanding bacaan penurunan 0.2% pada bulan sebelumnya.

Selain itu juga, data yang menunjukkan bilangan rakyat Amerika yang mengisi permohonan untuk faedah pengangguran turut menurun ke paras terendah untuk tempoh lebih 49 tahun, dan menunjukkan perkembangan ekonomi yang semakin baik.

Turut dikeluarkan bersama adalah data jualan runcit di Kanada semalam. Bacaan data juga mencatatkan peningkatan berbanding bacaan penurunan pada bulan sebelum ini. Loonie dilihat sedikit mengukuh susulan data tersebut dikeluarkan namun gagal mencatatkan peningkatan yang tinggi berbanding matawang utama yang lain.

Sementara Euro pula mengalami kejatuhan semula selepas data perkilangan pada zon Eropah yang dikeluarkan pada sesi pasaran Eropah semalam menunjukkan bacaan yang lemah. Aktiviti sektor pembuatan di Jerman menguncup untuk empat bulan berturut-turut manakala gambaran tinjauan yang hampir sama turut dilihat di Perancis juga.

Pelabur sedang mengintai isyarat kestabilan pertumbuhan global setelah mengalami kemerosotan sebelum ini. Namun, kesihatan pada isu-isu global khususnya gambaran semasa pada ekonomi zon Eropah sedikit menggusarkan tahap pertumbuhan ekonomi global.

Terus mengikuti berita-berita utama dalam pasaran kewangan untuk membantu anda le bih berwaspada dalam dagangan di samping mengawal risiko dagangan dengan lebih baik.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat