Data Jualan Runcit AS Lonjakkan Saham Global

165

Ekuiti global melonjak tinggi pada Selasa setelah didukung oleh keyakinan terhadap keupayaan pengguna dalam menghadapi inflasi, yang mana ia turut membantu kenaikan pada nilai dolar.

Sesi dagangan tengah hari (waktu AS) menyaksikan ketiga-tiga indeks utama Wall Street bergerak tinggi ketika Walmart meningkatkan ramalannya untuk musim cuti dan Jabatan Perdagangan AS melaporkan aktiviti jualan runcit bulan Oktober yang menjangkaui jangkaan ahli ekonomi.

Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 0.61%, sementara S&P 500 menaik 0.58% dan Nasdaq Composite pula bertambah 0.7%.

Indeks MSCI ekuiti dunia yang menjejaki saham di 45 negara meningkat 0.25%.

Data yang kukuh dalam penjualan runcit menunjukkan rakyat Amerika pada masa ini masih tidak lokek untuk berbelanja walaupun terdapat kenaikan harga yang mana memberi harapan tinggi bagi pemulihan ekonomi terbesar dunia itu akibat daripada penularan Covid-19.

Ia turut menunjukkan Federal Reserve (Fed) tidak perlu risau tentang perlambatan dalam pemulihan ekonomi dengan menaikkan kadar faedah lebih awal. Selain itu, pakar ekonomi yakin kadar inflasi akan turut membantu dolar Amerika Syarikat (AS) terus meningkat.

Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS turut meningkat, di mana penanda aras hasil 10 tahun meningkat pada tahap 1.63% dan ini terus menyokong pengukuhan dolar.

Data ini meningkatkan lagi sentimen pasaran selepas Presiden Joe Biden dan pemimpin China Xi Jinping mengadakan sesi perjumpaan secara maya pada Isnin yang berlangsung lebih dari 3 jam. Walaupun perjumpaan tersebut tidak memberi impak besar, namun ia dilihat sebagai usaha bersama untuk memperbaiki hubungan dingin dan mengelakkan konfrontasi terhadap kedua-dua kuasa besar dunia itu.

Harga minyak mentah Brent naik 0.8% pada $82.68 setong sementara harga minyak mentah AS bertambah 0.3% pada $81.12 setong.

Harga emas spot jatuh 0.60 pada $1,851.32 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat