Data Jualan Runcit AS Melonjak Naik Pada Oktober Redakan Kebimbangan Terhadap Risiko Kemelesetan Ekonomi!

444

Jualan runcit A.S melonjak naik pada bulan Oktober walaupun para pengguna mengurangkan perbelanjaan ke atas barangan isi rumah dan pakaian, dimana hal ini dapat mengurangkan jangkaan bila tiba musim cuti nanti.

Jabatan Perdagangan melaporkan pada hari Jumaat bahawa jualan runcit meningkat sebanyak 0.3% pada bulan Oktober didorong oleh pembelian kenderaan bermotor dan peningkatan harga minyak gas. Data jualan pada Oktober pulih daripada penurunan 0.3% pada September.

Bacaan bulan Oktober ini juga mengatasi jangkaan para pakar ekonomi yang mensasarkan jualan runcit akan meningkat sebanyak 0.2% pada Oktober. Jika dibandingkan pada Oktober tahun lepas, jualan runcit telah mencatat peningkatan sebanyak 3.1% setahun.

Data julan runcit teras yang meningkat menambahkan lagi indikasi bahawa kadar inflasi semakin kukuh dan secara tak langsung menyokong tanda-tanda bahawa the Fed berkemungkinan tidak akan mengurangkan kadar faedah sekali lagi dalam masa terdekat. Dalam laporan yang lain, bulan Oktober juga mencatat pertumbuhan pekerjaan yang kukuh dan aktiviti sektor perkhidmatan semakin bergerak pantas.

Data-data terkini dan pengurangan ketegangan perdagangan antara Washington dan Bejing telah berjaya mengurangkan kekhuatiran bahawa pasaran kewangan akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi.

Terkini menurut Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat (AS), Wilbur Ross bahawa AS dan China masih terus berhubung melalui panggilan telefon untuk mencapai perjanjian perdagangan fasa pertama.

China juga mengatakan bahawa China bersedia untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat dengan saling mempertimbangkan apa yang menjadi perhatian kedua belah pihak dan mengariskan syarat-syarat dalam mencapai perjanjian fasa pertama.

Disisi lain pada hari yang sama, harga import A.S dilaporkan jatuh melebihi jangkaan pada bulan Oktober dengan kejatuhan sebanyak 0.5% pada Oktober.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat