Data Jualan Runcit Australia Tidak Berubah, AUD/USD Jatuh 30 Pips

45

Jualan runcit Australia mendatar pada Julai walaupun trend masih positif dengan peningkatan sejak tiga bulan yang lalu.

Jabatan Statistik Australia hari ini melaporkan, penerimaan peruncit dalam negara tidak berubah(0.0%) Julai, dengan data kajian semula bulan lepas menurun kepada 0.2% berbanding 0.3%. Bacaan tersebut di bawah jangkaan kenaikan 0.3%.

Berdasarkan trend, jualan yang meningkat 0.3% pada bulan Jun yang lalu, terdiri daripada jualan makanan runcit, barangan rumah dan restoran.

Pada laporan yang berasingan, data imbangan dagangan Australia pula jatuh lebih daripada jangkaan pada Julai berikutan hasil eksport menyusut. Bacaan hasil lebihan dagangan pada Julai sebanyak A$460 juta, susut berbanding bacaan bulan Jun A$856 juta.

Dagangan pada bulan Jun menunjukkan peningkatan berikutan eksport komiditi yang naik tinggi.

Ekonomi Australia bagi suku tahun kedua berkembang mengikut jangkaan, dan perbelanjaan pengguna dan kerajaan terus meningkat tinggi selepas mula perlahan pada awal tahun lalu. Laporan KDNK Australia semalam menunjukkan perkembangan 0.8% berbanding suku tahun pertama, dan pada unjuran tahun ke tahun meningkat 1.8%

Bank pusat Australia juga mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.5% awal minggu ini, dan jangkaan kadar ini akan terus dikekalkan sepanjang tahun 2016.

Walau bagaimanapun, data jualan runcit dan imbangan perdagangan yang kurang memberansangkan menekan Aussie lebih rendah berbanding dolar dengan AUD/USD jatuh 0.17% kepada 0.7988 setakat jam 12.30 tengahhari, susut 30 pips selepas berada di atas paras tertinggi 0.8019 hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat