Data Jualan Runcit Kanada Kukuh Pada Bulan Ogos! Adakah Ini Menandakan Ekonomi Kanada Sudah Pulih?

232

Jualan runcit Kanada dilaporkan meningkat sedikit pada bulan Ogos, yang menandakan pemulihan daripada penuruan terbesar dalam lebih setahun pada bulan Julai.

Jualan runcit meningkat 0.4% pada bulan Ogos sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Statistik Kanada sebentar tadi. Kenaikan kali ini menyusuli kejatuhan jualan sebanyak 2.5% pada bulan Julai, yang merupakan penurunan pertama dalam tujuh bulan dan yang terbesar sejak April 2021. Angka Jualan didapat lebih rendah di stesen minyak dan kedai pakaian menyebabkan penuruan pada bulan Julai.

Penganalisis memantau dengan teliti perbelanjaan runcit untuk menjadikan timbang tara untuk langkah mengatasi inflasi dan kenaikan kadar faedah. Data ekonomi terkini mencadangkan ekonomi Kanada telah mula perlahan daripada separuh pertama 2022 yang kukuh.

Lantunan kenaikan 0.4% pada bulan Ogos masih meletakkan jualan runcit di bawah parasnya pada bulan Jun. Jualan dari segi jumlah dagangan, sementara itu masih kekal lembap hampir tidak berubah daripada tahap tahun lalu.

Setakat ini, Jabatan Statistik tidak memberikan butiran lebih lanjut pada bulan ini. Walaubagaimanapun, jualan menurun dalam sembilan daripada 11 subsektor pada bulan Julai, mewakili 94.5% daripada perdagangan runcit. Tidak termasuk kereta dan alat ganti, jualan runcit menurun 3.1%.

Mata wang Kanada masih kekal sust berbanding mata awang US dolar. US dolar didagangkan kukuh 0.22% berbanding mata wang Kanada pada paras dagangan 1.3494.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat