Data Jualan Runcit UK Lemah, GBP/USD Pamer Penurunan Sesi Eropah

1,695

Pound Sterling pamerkan penyusutan lebih ketara pada sesi pasaran Eropah hari ini susulan data ekonomi yang diterbitkan.

Selepas data inflasi yang diterbitkan lemah pada Rabu lalu, data jualan runcit UK untuk bulan April mencatatkan penurunan lebih rendah berbanding jangkaan. Penurunan yang dicatatkan ini merupakan yang terbesar akibat krisis pandemik Coronavirus yang menghadkan aktiviti penjualan seperti penutupan premis dan perniagaan.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga membuat kenaikan ketara pada dagangan awal minggu susulan penyusutan matawang US dolar dengan sentimen pasaran yang baik.

Namun, US dolar kembali pamerkan pengukuhan pada penghujung minggu berikutan ketegangan Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat menjuruskan sentimen berisiko pasaran.

Harga pada carta GBP/USD menguji zon SBR (support become resistance) dengan paras ketinggian dicapai pada sekitar 1.22900 namun mula bergerak menurun pada penghujung minggu.

Pada dagangan semalam, harga dilihat telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan kenaikan yang dipamerkan gagal melepasi halangan paras 1.22500.

Menyambung pada dagangan hari ini, harga bergerak perlahan pada sesi Asia menguji paras 1.22300 sebelum penurunan lebih ketara pada awal sesi Eropah bermula dan melepasi paras terendah harian semalam sekitar 1.21850.

Penurunan harga dilihat akan menuju zon support 1.20800 yang menjadi paras permulaan harga pada dagangan awal minggu ini. Penurunan lebih rendah akan menuju paras tumpuan pada 1.2000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras halangan dinamik MA50 akan diuji sebelum harga menuju zon SBR di atas paras 1.22500 semula.

Kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru namun momentum pergerakan harga berkemungkinan perlahan sebelum dagangan minggu ini berakhir.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat