Data Jualan Runcit UK Merosot, Matawang Pound Terus Lemah

388

Matawang pound menyusut selepas meningkat sedikit pada awal sesi Eropah susulan data jualan runcit UK bagi bulan November jatuh 0.6% daripada bulan sebelumnya, dan jauh tersasar daripada unjuran pasaran untuk meningkat 0.3%.

Pada mesyuarat Bank Pusat England (BOE) pada malam ini, kadar faedah dijangka akan terus kekal sementara pasaran akan menumpukan keputusan undian oleh 9 ahli Jawatankuasa Polisi Monetari (MPC) yang mungkin memperlihatkan keputusan mengejutkan seperti yang berlaku November lalu, di mana terdapat dua ahli MPC mengundi untuk mengurangkan kadar faedah.

Dengan data ekonomi yang masih menunjukkan kelembapan pada suku akhir dalam pertumbuhan UK, pasaran akan menyaksikan sama ada bilangan pengundi untuk pemotongan kadar faedah akan meningkat daripada bulan lepas.

Dolar euro diniagakan stabil berbanding US dolar disokong oleh permintaan USD yang merosot susulan undian pemecatan Presiden AS Donald Trump yang tidak berpihak kepadanya
Peningkatan yang diraih oleh dolar USD pula dibataskan oleh keputusan undian Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang menyokong pemecatan Donald Trump dari jawatannya atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan menghalang Kongres.

Trump kini berhadapan dengan perbicaraan di peringkat Senat AS yang dijangka akan berlangsung pada Januari ini untuk memutuskan sama ada beliau akan disingkirkan dari pejabatnya.

Bank of Japan (BOJ) pula telah menetapkan kadar faedahnya untuk kekal di paras -0.10% tidak berubah seperti yang dijangkakan oleh pasaran, sementara Gabenor BOJ memberitahu kadar faedah negatif lebih mendalam akan menjadi pilhan bank pusat itu.

Dagangan matawang dolar Aussie dan kiwi diniagakan meningkat pada hari ini disokong oleh laporan pekerjaan Australia dan pertumbuhan GDP New Zealand yang memberangsangkan, namun ia kemudiannya menyusut sedikit apabila memasuki pasaran sesi Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat