Data Jualan Runcit UK Positif, Rundingan Dagang AS-China Bersambung Minggu Hadapan

791

Setakat dagangan sehingga sesi Eropah petang ini, beberapa data ekonomi tumpuan telah dikeluarkan sepanjang hari. Data indeks harga pengguna (CPI) dan indeks harga pengeluar (PPI) di China yang dikeluarkan pada sesi pasaran Asia pagi tadi menunjukkan penurunan pada angka bacaan.

Kemudian, tumpuan beralih pula ke UK pada sesi pasaran Eropah, data jualan runcit dikeluarkan pada jam 5.30 petang. Angka bacaan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan ke paras 1.0% mengatasi jangkaan kenaikan 0.2% untuk bacaan bulan Januari. Data bulan Disember turut dikemaskini kepada -0.7% berbanding yang direkodkan -0.9% sebelum ini.

Sementara itu, data imbangan dagangan pada zon Eropah untuk bacaan bulan Disember menepati ramalan apabila mencatatkan penurunan kepada 15.6 billion Euro dolar berbanding 15.8 billion pada bacaan sebelumnya yang dikemaskini daripada 15.1 billion.

Perkembangan terbaru rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China pula seperti cuba memberi harapan yang positif. Namun dilaporkan rundingan akan bersambung pada minggu hadapan pula di Washington.

Jika pasaran melihat sentimen pasaran kembali pulih, matawang safe-haven Yen terutamanya, akan mengalami susut nilai.

Perhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY. Harga gagal melepasi paras 141.000 sebelum data jualan runcit UK yang positif melonjakkan kembali harga ke menguji paras 141.500 yang berada pada zon SBR (support become resistance).

 

Perhatikan juga paras tumpuan pada GBP/JPY yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

Paras support: 140.745, 140.144, 139.004.

Paras resistance: 142.486, 143.626, 144.227.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat