Data Jualan Runcit UK Terus Menyokong Kenaikan Pound

412

Selepas Poud Sterling melonjak ekoran komen positif Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU), Michel Barnier berkenaan isu sempadan Ireland, tumpuan pasaran pada sesi Eropah terarah pula data jualan runcit di UK yang turut mempengaruhi pergerakan matawang British tersebut.

Kadar jualan runcit di UK untuk bacaan pada bulan Jun meningkat kepada 0.1% lebih tinggi berbanding jangkaan peningkatan -0.3% daripada paras -0.5% pada bacaan bulan sebelumnya.

Bacaan yang positif tersebut menambahkan lagi momentum lonjakan harga pada awal permulaan dagangan sesi Eropah terhadap pergerakan Pound Sterling.

Walaupun bacaan yang diterbitkan adalah baik, namun jika dilihat secara lebih terperinci, jualan di premis makanan menurun untuk pertama kali pada tahun ini dan kadar jualan jabatan makanan terus menurun untuk suku tahun kedua.

Tumpuan pasaran pada malam ini pula akan beralih pada data ADP NFP di Kanada yang mengukur kadar pertambahan pekerjaan bagi sektor swasta dan turut dikeluarkan bersama adalah data tuntutan bagi yang tidak bekerja di Amerika Syarikat.

Matawang komoditi masih berjaya mengekalkan pengukuhan setakat minggu ini dengan dolar Australia yang berjaya melonjak walaupun data pekerjaan yang dikeluarkan pada sesi Asia mencatatkan bacaan yang lemah.

Dolar New Zealand juga masih kekal mengukuh berbanding dolar Amerika dan berjaya mencapai paras tertinggi tiga bulan.

Dolar Kanada turut stabil didorong oleh kestabilan pasaran minyak mentah berikutan data produk bekalan di Amerika Syarikat meningkat bakal mengurangkan permintaan terhadap minyak mentah.

Sementara itu, matawang utama iaitu dolar Amerika Syarikat masih lagi bergerak lemah dalam pasaran semasa setelah penurunan pada hasil pulangan AS dan juga terkesan dengan data perumahan yang dikeluarkan merosot semalam.

Pelabur turut berwaspada menantikan perkembangan terbaru rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China. Sementara itu juga, luahan dan keluhan Donald Trump terhadap China turut membuatkan pelabur lebih berhati-hati ke arah sentimen pasaran yang bakal berisiko kembali.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat