Data Jualan Runcit US Naik 0.1%, Kurang Tanda Positif Pasca Pilihanraya

41

Data jualan runcit US baru sahaja dikeluarkan pada pukul 9.30 malam tadi. Bacaan bagi jualan runcit hanya meningkat 0.1% pada Okotber yang menunjukkan kejatuhan berbanding bacaan yang dicatatkan pada bulan sebelum iaitu 0.6%. Jangkaan bagi data ini adalah 0.4%.

Manakala jualan runcit tahunan perlahan berbanding tahun lepas dari 4.2% kepada 3.8%.

Jualan bagi kenderaan bermotor meningkat sebanyak 0.5% pada bulan sama dengan peningkatan tahunan menunjukkan kejatuhan dari 4.7% kepada 3.3% yang mengekalkan jangkaan keadaan yang terus suram dalam sektor ini.

Terdapat kejatuhan dalam jualan kedai pelbagai (miscellaneous) sebanyak 0.8%, tetapi dalam perkhidmatan minuman dan makanan memulih semula kepada peningkatan 0.8% dari 0.3% kejatuhan sebelum ini.

Walaupun keyakinan pengguna meningkat pada November, data jualan runcit ini tidak memberikan impak yang signifikan kepada perbelanjaan runcit ataupun impak kepada keyakinan ini berlaku lewat sedikit pada Disember.

Data yang dikeluarkan ini tadi, dijangka tidak memberikan impak yang signifikan kepada polisi The Federal Reserve yang akan mengumumkan kadar pukul 3 pagi nanti.

Sejurus data dikeluarkan, Usd/Jpy berada di paras 114.85 dari 115.00. Reaksi keseluruhan terhadap data ini begitu sedikit berikutan penetapan polisi The Fed pukul 3 pagi nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat