Data Keyakinan Perniagaan Jerman Meningkat Ke Paras Tertinggi

95

Penganalisis ekonomi menjangkakan data-data negatif dari Eropah minggu ini namun laporan Keyakinan Perniagaan Jerman menunjukkan kenaikan kepada 116.9 daripada 115.2 pada bulan Jun lepas dan merupakan kenaikan ke paras tertinggi untuk kali ke tiga tahun ini.

Institusi Ekonomi Ifo di Munich mengatakan indeks perniagaan ini adalah berdasarkan kaji selidik bulanan terhadap 7000 buah syarikat di Jerman dalam bidang pembuatan, pembinaan, pemborongan dan peruncitan.

Selain itu, jangkaan Indeks Penilaian Semasa yang menurun turut meleset apabila laporan menujukkan peningkatan kepada 125.4 daripada 124.2 bulan lepas.

Laporan Indeks Jangkaan Perniagaan yang di gunakan sebagai kayu ukur kepada prospek perniagaan untuk enam bulan akan datang juga meningkat daripada 106.8 kepada 107.3 bulan ini.

“Sentimen antara perniagan di Jerman adalah amat meyakinan”, kata presiden Ifo, Clemens Fuest.

Tambah beliau, “Kepuasan syarikat dengan keadaan perniagaan mereka telah mencapai tahap tertinggi sejak penyatuan semula Jerman. Jangkaan terhadap perniagaan dalam jangka masa pendek juga akan meningkat. Ekonomi Jerman akan kekal kehadapan”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat