Data Kurang Memberangsangkan Dari Australia Pagi Tadi

52

Perkembangan ekonomi yang kurang memberangsangkan dicatatkan oleh Australia pagi tadi dengan data pekerjaan jatuh pada Februari dan juga penyusutan data inflasi.

Kita mulakan dengan data pekerjaan. Jumlah pekerjaan secara keseluruhan berkurangan sebanyak 6,400 kepada 11,998,800 pada Februari berbanding bulan sebelum yang merekodkan kenaikan 13,500 pekerjaan. Jangkaan pasaran bagi data ini ialah kenaikan 16,300.

Mengikut komponen, pekerjaan sepenuh masa merekodkan kenaikan 27,100 pekerjaan tetapi data pekerjaan separuh masa berkurangan sebanyak 33,500.

Kadar penagngguran pula naik 0.2% kepada 5.9% lebih tinggi daripada sebelum ini yang hanya merekodkan 5.7%.

Ekonomi Australia melonjak mendadak pada suku keempat yang dipacu oleh penggunaan isirumah dan perdagangan. Pertumbuhan ekonomi melonjak kepada 1.1% dan berjaya mengelak dari kemelesetan yang direkodkan pada suku ketiga di mana pertumbuhan meleset 0.5%.

Dalam data berasingan, satu lagi data penting yang menyumbang kepada sentimen negatif Aussie dolar iaitu jangkaan inflasi 12-bulan yang melemah kepada 4% dari 4.1% sebelum ini.

Jangkaan inflasi adalah petunjuk kepada peningkatan harga sebenar. Data ini membantu pelabur untuk membuat analisis sentimen semasa jika tiada data rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) sebelum ini memotong kadarnya beberapa kali sepanjang tahun lepas sehingga ke paras terendah 17 tahun. RBA telah mengekalkan kadarnya di paras 1.5% sejak Ogos.

Polisi RBA ketika ini begitu berbeza dengan apa yang digunapaki oleh The Fed di mana pagi telah menaikkan kadarnya kepada 1.00%. Walaubagaimanapun, US dolar gagal menguat berbanding enam matawang utama yang lain termasuk Aussie dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat