Data New Zealand Naik, Sentimen Positif Bagi Nzd Dalam Masa Terdekat

46

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) sebentar tadi, merekodkan kenaikan 0.6% dalam data yang dikeluarkan semalam, berbanding kejatuhan sebanyak 3.90% dalam data sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) jatuh 0.10%.

Data ini adalah sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga produk-produk tenusu.

Pengeluaran di Australia masih lemah dengan pengeluaran di Kesatuan Eropah berpotensi hanya meningkat 0.50% pada 2017. Terdapat kejatuhan dalam pengeluaran produk tenusu New Zealand dalam masa enam bulan sehingga 30 November dengan 5.7% kejatuhan berikutan faktor cuaca yang masih memberi impak kepada pengeluaran.

Kejatuhan dalam pengeluaran ini akan terus memberi tekanan kepada harga dalam jangka pendek. Jangkaan sebelum ini bahawa, industri tenusu di New Zealand ini akan melonjak semula pada 2017 menjadi kenyataan dengan peningkatan harga 0.50%.

Permintaan akan menjadi fokus ketika ini dengan peningkatan eksport ke US dan Amerika Latin telah menyokong harga industri tenusu dan akan semakin kukuh jika permintaan dari China pula melonjak. Permintaan tinggi dari China akan merancakkan sektor tenusu global. dan menyokong ekonomi New Zealand khususnya.

Untuk rekod, New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat