Data NFP AS Positif Boleh Tekan EUR/USD Lebih Rendah

445

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Februari yang diterbitkan pada Jumaat lalu memaparkan bacaan yang memberangsangkan apabila pertambahan pekerjaan meningkat dua kali ganda sementara kadar pengangguran juga turut mencatatkan penurunan.

Namun reaksi pasaran susulan laporan penting itu dilihat tidak menunjukkan impak yang ketara terhadap dagangan US dolar yang kembali bergerak perlahan sehingga dagangan yang bersambung pada pembukaan awal minggu ini.

Tumpuan beralih kepada perkembangan pakej rangsangan $1.9 trilion yang telah diluluskan Senat AS walaupun terdapat beberapa perubahan yang diperkenalkan.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD, harga telah membuat penurunan ke paras terendah 4 bulan pada Jumaat lalu mencecah zon support 1.19000.

Pelabur masih menilai pergerakan harga dalam trend bearish di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan jangkaan penurunan lebih rendah dicatatkan minggu ini.

Sesi Asia pada hari ini melihatkan yang berlegar perlahan di atas paras 1.19000 kembali menguji zon support tersebut.

Penurunan yang diteruskan melepasi zon tersebut berkemungkinan akan menuju ke paras 1.18000 sebagai sasaran paras terendah terbaru.

Sekiranya harga berjaya kembali melonjak melepasi halangan MA50, paras rintangan 1.2000 pada zon SBR (support become resistance) bakal diuji.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula pada zon rintangan minggu lalu sekitar 1.20600-1.20900.

Bagi mata wang Euro, keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah akan menjadi tumpuan utama di samping data-data ekonomi Eropah yang lain sepanjang minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat