Data NFP Bercampur-campur, Tetapi Masih Positif

42

Sebentar tadi pada pukul 9.30 malam data NFP baru dahaja dikeluarkan. Gunatenaga dalam sektor swasta meningkat pada November, manakala kadar pengangguran US jatuh ke paras terendah sejak sembilan tahun lepas berikutan pengurangan jumlah penduduk yang sedang mencari pekerjaan.  Kadar upah pula mencatatkan kejatuhan 0.1% berbanding bulan Oktober yang meningkat 0.2%.

Tambahan 178,000 dalam pasaran buruh US dengan catatan bulan lepas yang juga meningkat 142,000. Jangkaan oleh Bloomberg bagi data hari ini ialah 180,000. Kadar pengangguran jatuh 0.3% kepada 4.6% dari 4.9% pada bulan Oktober.

Data pada hari ini menunjukkan data yang bercampur-campur dimana terdapat peningkatan dalam jumlah pekerjaan, pengurangan dalam kadar pengangguran dan penyusutan dala kadar upah.

Walaupun dengan pasaran buruh yang semakin baik, tetapi kadar upah mengecewakan yang menunjukkan upah per/jam di paras $25.89. Purata jumlah waktu bekerja bagi kesemua pekerja tidak berubah di paras 34.4 jam.

Peningkatan sederhana dalam pasaran buruh memberikan isyarat kepada ekonomi bahawa syarikat-syarikat masih sudi untuk mengambil pekerja sebelum dan selepas pilihanraya 8 November lepas.

Penganalisis ekonomi Scott Brown mengatakan, “Anda perlu melihat tren yang sedang bergerak ini masih kukuh”. Kita berada dalam tahun yang begitu banyak isu-isu atau peristiwa besar yang mana para pelabur mahu melihat dengan lebih jauh apa yang berlaku pada tahun 2017.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat