Data NFP Bercampur, Kadar Gaji Meningkat Di Luar Jangkaan Pasaran

87

Laporan bulanan pekerjaan U.S yang dikeluarkan pada Jumaat menunjukkan bilangan pekerjaan yang merosot, kadar pengangguran lebih rendah dan kadar gaji yang meningkat di luar jangkaan pasaran.

Non-farm employment change (perubahan jumlah pekerjaan bukan perladangan) merosot sebanyak 33,000 berbanding jangkaan 82,000 dan bacaan sebelum ini pula di revised up (dikaji semula) kepada 169,000 dari 156,000 yang direkodkan sebelum ini.

Manakala kadar pengangguran jatuh kepada 4.2% pada bulan lepas, namun pakar ekonomi menjangkakan bacaan tidak berubah di paras 4.4%.

Average hourly earnings (purata gaji per/jam) bulan ke bulan meningkat kepada 0.5% pada bulan September berbanding sebelum ini pada bulan Ogos naik 0.2% dan jangkaan pasaran dengan kenaikan 0.3%. Pakar ekonomi berpendapat peningkatan kadar upah yang melebihi atau pada 0.3% menunjukkan indikasi inflasi akan meningkat.

Dalam komponen data tambahan pekerjaan – sektor swasta merekod pengurangan 40 000 pekerjaan pada bulan September berbanding dengan jangkaan bahawa sektor swasta akan mencipta 83 000 pekerjaan.

Pekerjaan dalam sektor awam pula meningkat sebanyak 7000 pada bulan September berbanding bulan Ogos yang mencatat bacaan 5000 penawaran kerja.

Kadar penyertaan (participation rate) yang mengira jumlah orang diambil bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan meningkat kepada 63.1% pada bulan September dari 62.9% pada bulan Ogos.

Average weekly hours iaitu pekerja yang menerima upah mengikut kiraan jam tidak berubah pada 34.4 pada bulan September seperti jangkaan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat