Data NFP dan Average Earnings Meleset Daripada Jangkaan, USD Sedikit Tertekan

1,040

Matawang US dollar tertekan selepas data NFP dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi. USD/JPY jatuh dengan matawang US dollar melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain.

Apa yang menyebabkan kelemahan US dollar? Data NFP menunjukkan tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat yang hanya meningkat 164,000 pada bulan April menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh A.S. Pasaran menjangka tambahan sebanyak 190,000 pekerjaan dengan kadar gaji juga meleset daripada jangkaan.

Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) hanya naik 0.1% lebih rendah berbanding jangkaan kenaikan 0.2% dan bacaan sebelum ini yang meningkat 0.3%.

Walaubagaimanapun, satu daripada tiga data pekerjaan yang dikeluarkan merekodkan bacaan yang positif. Kadar pengangguran semakin berkurangan ke paras 3.9% berbanding jangkaan 4.0%. Bacaan yang positif dilihat telah mengurangkan tekanan terhadap US dollar.

Namun, kecenderungan kepada US dollar setakat ini masih lagi ke bawah walaupun tekanan adalah terhad. Hal ini kerana, kedua-dua bacaan penting Average Earnings dan NFP meleset daripada jangkaan pasaran.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat