Data Pekerjaan ADP Catat Pertumbuhan – Ini Momentum Pergerakan US Dolar Setakat Ini!

903

Dilaporkan pada hari ini bahawa A.S mencatat bacaan lebih tinggi daripada jangkaan dalam gaji swasta Amerika Syarikat dan ini membawa indikasi bahwa pasaran buruh masih kukuh sebelum kekhuatiran kepada kemelesetan ekonomi baru-baru yang semakin meningkat berikutan penularan wabak koronovirus.

Pada hari Selasa, the Fed telah mengambil keputusan drastik membuat penurunan kecemasan dalam kadar faedah utama bagi melindungi ekonomi daripada pengembangan risiko “evolving risks” berikutan penularan wabak koronavirus. Ini merupakan pertama kali the Fed mengurangkan kadar faedah luar daripada jadual mensyuarat polisi sejak krisis kewangan pada tahun 2009.

Berdasarkan laporan pekerjaan kebangsaan ADP pada hari Rabu menunjukkan gaji swasta meningkat sebanyak 183,000 pekerjaan pada bulan lepas. Walaubagaimanapun, ahli ekonomi meramalkan bahawa gaji swasta hanya meningkat sbeanyak 170,000 pekerjaan pada bulan Februari.

Berdasarkan kajian selidik oleh Reuters menyatakan jangkaan bahawa laporan kerajaan pada hari Jumaat iaitu NFP akan meningkat sebanyak 175,000 pekerjaan pada bulan lepas selepas meningkat sebanyak 225,000 pada bulan Januari. Kadar pengangguran dijangka kekal pada 3.6% pada bulan Februari.

The Fed pada hari Selasa mengurangkan kadar faedah penanda aras semalamannya sebanyak setengah mata peratusan kepada julat sasaran 1.00% hingga 1.25%. Menurut ketua The Fed, Jerome Powell, wabak koronavirus dapat menimbulkan risiko kepada ekonomi.

Ahli ekonomi meramalkan wabak koronavirus akan mengekang pertumbuhan ekonomi pada separuh pertama tahun iaitu pada paras melebihi 1.0% sahaja. Ekonomi meningkat 2.3% pada 2019.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.41% kepada paras 97.515 setakat jam 10.20 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat