Data Pekerjaan ADP Catat Pertumbuhan – USD Kekalkan Momentum Pengukuhan

331

Dolar USD meningkat berbanding safe-haven yen dan swiss franc disokong oleh data pekerjaan ADP (Automatic Data Processing) yang dikeluarkan pada malam tadi menunjukkan pertambahan jumlah pekerjaan sektor swasta di Amerika Syarikat.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, sektor swasta telah menambah 291,000 pekerjaan pada bulan Januari daripada 199,000 yang dicatatkan bulan lalu, jauh lebih baik daripada jangkaan untuk meningkat hanya 157,000 pekerjaan.

Sementara itu, bacaan data PMI bukan pembuatan ISM Amerika Syarikat pula meningkat kepada 55.5 pada Januari daripada 55.0 yang dicatatkan bulan lalu, melebihi unjuran pasaran untuk meningkat 55.1.

Bacaan ini menunjukkan pertumbuhan paling kukuh bagi perkhidmatan dalam tempoh lima bulan disebabkan peningkatan pengeluaran dan pesanan baru manakala tekanan harga pula semakin menurun.

Dagangan US dolar juga disokong oleh pembebasan Presiden Donald Trump dengan dengan 2/3 undian majoriti Senat, daripada dakwaan penyalahgunaan kuasa dan menghalang tugas kongres.

Selera risiko meningkat susulan satu laporan menyatakan pasukan penyelidikan di Universiti Zhejiang, China telah menemui ubat yang berkesan untuk merawat pesakit coronavirus telah meningkatkan selera risiko.

Bagaimanapun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memberitahu setakat ini tiada rawatan perubatan (therapeutics) semasa yang dianggap sangat berkesan terhadap coronavirus.

Matawang pound diniagakan mendatar berbanding USD setelah catat peningkatan kerana disokong oleh bacaan akhir PMI perkhidmatan UK bagi bulan Januari yang lebih baik daripada jangkaan.

Dolar euro terus jatuh ke paras terendah mingguan selepas US dolar meraih pengukuhan kerana disokong oleh bacaan data ekonomi A.S yang memberangsangkan.

Dagangan Aussie menyusut berbanding USD didorong oleh kemerosotan dalam bacaan data jualan runcit Australia bagi bulan Disember, susut kepada -0.5% berbanding 1.0% yang direkodkan sebelum ini, dan tersasar daripada jangkaan kepada -0.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat