Data Pekerjaan ‘ADP” Ini Buatkan ‘Mood’ Pemain Pasaran Berubah!

379

Pada bulan laporan pekerjaan bagi sektor swasta di Amerika Syarikat tanpa disangka menunjukkan adanya pengurangan pekerja pada bulan Disember kerana disebabkan penularan Covid-19 yang tidak terkawal menyebabkan kerajaan terpaksa mengenakan sekatan perniagaan yang menjadikan jenis perniagaan seperti restoran, bar dan beberapa jenis perkhidmatan terpaksa ditutup.

Walaubagaimanapun, pemain ekonomi sedikit sebanyak telah mampu menysuaikan dengan keadaan dan telah menambah 174,000 pekerjaan baru pada bulan Januari.

Private Payrolls telah menunjukkan prestasi yang lebih baik sehingga mengalahkan aggaran para pakar ekonomi. Jika pada bulan Disember sebanyak 123 000 telah dikurangkan, kini pada bulan Januari malah mencatat lebihan sebanyak 174,000 berdasarkan Laporan Pekerjaan Nasional ADP yang dikeluarkan sebentar tadi.

Disisi lain, ahli ekonomi malah meramalkan perkerja swasta akan meningkat sebanyak 50,000 pada bulan Januari.Laporan ADP merupakan salah satu indikator yang digunakan oleh pasaran untuk mengukur kesihatan ekonomi negara A.S.

Laporan ini mencerminkan bahawa pasaran buruh berjaya meneruskan pemulihan walaupun perlahan di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Keuntungan dalam sektor perniagaan.perkhidmatan, kesihatan dan beberapa sektor lain telah menjadi faktor utama yang mendorong peningkatan perkerjaan dalam syarikat swasta. Walaubagaimanapun, industri hiburan dan perhotelan terus terkesan.

Pasaran kini mula memberikan tumpuan pada data NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini. Pakar meramalkan pekerjaan akan bertambah sebanyak 62,000. Kadar pengangguran kekal stabil pada 6.7%.

Indeks US dolar mengukuh sebanyak 0.16% berbanding matawang utama kepada paras tukaran 91.183 setakat jam 9.50 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat