Data Pekerjaan ADP NFP Melonjak ke Paras Tertinggi Sejak Jun

43

Bulan lepas data ADP non-farm payroll yang dikeluarkan mencatatkan tambahan sebanyak 147,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta. Data ini kurang daripada jangkaan sebanyak 166,000 dan data bulan sebelum iaitu 202,000.

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja dalam negara US yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc).

Sebentar tadi ADP melaporkan sejumlah 216,00 pekerjaan baru dicatatkan dalam sektor swasta pada November. Catatan ini adalah jumlah tertinggi sejak Jun lepas. Untuk pengetahuan pembaca data yang dicatatkan bulan lepas iaitu sebanyak 147,000 telah dikaji semula dan dilaporkan data sebenar ialah 119,000. Data pada hari ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis iaitu 161,000.

Pada sidang media diadakan sebentar tadi, Naib Presiden ADP Ahu Yildirmaz mengatakan, “kami melihat pengukuhan dalam pertumbuhan jumlah pekerjaan yang hampir dua kali ganda daripada bacaan Oktober 2016”. “Peningkatan ini disumbangkan oleh industri yang dipandu oleh pengguna seperti sektor runcit, leisure dan hospitaliti. “Secara keseluruhan para pengguna dilihat yakin dan menunjukkan peningkatan dalam pasaran buruh di US.”

Sejurus sahaja data ini dikeluarkan, pasaran memberikan respon yang minimal. Indeks US dolar naik sebanyak 0.21% kepada 101.4. Manakala emas jatuh 0.55% kepada $1,184.9.

Diingatkan kepada para pembaca bahawa pada 2 Disember ini, laporan Non-Farm Payroll untuk bulan November akan dikeluarkan pada pukul 9.30 malam. Data NFP merupakan data pekerjaan yang paling ditunggu-tunggu setiap bulan kerana impaknya yang begitu tinggi kepada pasaran. Data NFP juga akan menjadi tumpuan The Federal Reserve sebagai petunjuk sebelum penetapan kadar pada bulan hadapan.

 

Perbezaan Data ADP NFP dan NFP

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat