Data Pekerjaan Australia Buktikan Tindakan RBA Betul!

233

Mendukacitakan buat dagangan dolar Aussie setelah diperlihatkan dengan data pekerjaan Australia yang menyuramkan.

Angka dari Biro Perangkaan Australia (ABS) menunjukkan guna tenaga bersih hanya meningkat 900 pada bulan September, jauh meleset daripada jangkaan untuk peningkatan sebanyak 25,000.

Ia juga menurun daripada rekod yang dicatat pada bulan Ogos yang meningkat sebanyak 36,300 pekerjaan.

Bagaimanapun, kadar pengangguran kekal tidak berubah berada di paras terendah 48 tahun pada 3.5%.

Data yang dikeluarkan itu secara tidak langsung menyokong keputusan Reserve Bank of Australia (RBA) baru-baru ini yang memperlahankan kadar kenaikan kepada 25 mata asas berbanding jangkaan 50 mata asas.

Penganalisis menjangkakan dua lagi kenaikan 25 mata asas tahun ini untuk membawa kadar tunai rasmi RBA kepada 3.1% pada bulan Disember.

Susulan penerbitan data itu, dolar Aussie menyusut rendah berbanding US dolar yang lebih kuat pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat