Data Pekerjaan Australia Selamatkan AUD/USD Dari Terus Menjunam

123

Laporan data pekerjaan Australia yang diterbitkan pada sesi Asia pagi ini dilihat menampilkan bacaan yang memberangsangkan bagi bulan Februari.

Ini telah memberi kesan yang positif pada pergerakan dolar Australia, meredakan sedikit tekanan pada dagangan sesi-sesi sebelum ini susulan tempias isu krisis Credit Suisse.

Namun penganalisis masih melihat sentimen pasaran yang berisiko (risk-off) ketika ini akan terus menyukarkan dolar Aussie untuk memulih, sebaliknya memberi kelebihan kepada mata wang US dolar untuk mengukuh susulan permintaan terhadap safe-haven yang meningkat.

Meneliti carta harga pasangan mata wang AUD/USD pada dagangan Rabu semalam, harga dilihat menguji zon rintangan pada 0.67000 sebelum harga mula bergerak berubah arah akibat reaksi pasaran terhadap krisis yang berlaku.

Harga kemudiannya susut sehingga mencecah paras 0.65900 pada sesi New York semalam, namun lantunan berlaku semula di sesi Asia diselamatkan oleh data pekerjaan Australia yang diterbitkan.

Namun, pergerakan harga masih berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD menandakan pergerakan bearish akan diteruskan.

Penurunan akan menguji paras sokongan yang menjadi tumpuan sejak minggu lalu iaitu 0.65700.

Penurunan lebih rendah akan dijangka berterusan jika situasi dalam pasaran kekal tidak berubah dan harga akan terus memburu catatan terendah terbaru 4 bulan.

Namun jika kenaikan berjaya diteruskan semula, rintangan pada 0.67000 akan menjadi zon terawal yang akan diuji.

Berjaya ditembusi, harga bakal menyambung lonjakan ke beberapa paras tumpuan yang berada lebih tinggi seperti 0.67700 atau 0.68400.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat