Data Pekerjaan Kanada Positif Membenam USD/CAD 120 Pip

45

Kanada menambah pekerjaan lebih daripada jangkaan walaupun dengan suasana pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Pekerjaan sepenuh-masa (full-time) melonjak dengan kadar gaji meningkat pada bulan kedua berturut-turut.

Kadar pengangguran pula meningkat kepada 6.3% daripada jangkaa 6.2%. Data kali ini dilihat melegakan Bank of Canada (BoC) dengan mengurangkan masalah kecil dalam pasaran pekerjaan.

Ekonomi Kanada menambah 35,300 pekerjaan pada Oktober. Jangkaan pasaran untuk data kali ini ialah tambahan sebanyak 15,000 pekerjaan.

Dari segi tahunan (y/y) pekerjaan di Kanada meningkat sebanyak 308,100 atau kenaikan 1.7%. Pekerjaan sepenuh-masa (full-time) melonjak 88,700 berbanding peningkatan 112,000 pada bulan sebelum ini. Pekerjaan separuh masa (part-time) pula jatuh sebanyak 53,400.

Dalam masa yang sama pada Jumaat, Amerika Syarikat juga mengeluarkan data pekerjaan yang menunjukkan kadar pengangguran US berkurangan ke paras terendah sejak Disember 2000.

Kanada adalah negara yang tertinggi merekod pertumbuhan ekonomi dari kalangan negara-negara kumpulan 7 (G7). Walaupun pertumbuhan sedikit meleset baru-baru ini, tetapi dengan data pekerjaan yang positif sedikit melegakan bank pusat (BoC).

Dari segi kadar gaji (average-hourly pay) meningkat 2.4% pada Oktober berbanding 2.2% yang direkodkan pada September.

Dengan pengukuhan pasaran pekerjaan di mana lebih banyak pekerjaan berkualiti (full-time) yang dihasilkan, Dolar Kanada melonjak dengan CAD/JPY naik hampir 90 pip, EUR/CAD jatuh 150 pip dan USD/CAD jatuh 120 pip.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat