Data Pekerjaan Kanada Positif Pada September

56

Pertumbuhan gaji Kanada meningkat pada kadar lebih pantas pada September yang menambah potensi kenaikan kadar faedah Bank of Canada (BOC) untuk kali ketiga tahun ini.

Bacaan kadar gaji sejam naik 2.2% bulan lalu seperti yang dikeluarkan pukul 8.30 malam pada Jumaat.

Jumlah pekerjaan ditawarkan di Kanada meningkat 10,700 pada September berbanding bulan Ogos yang mencatat 22 000 pekerjaan. Jangkaan penganalisis bagi data kali ini ialah peningkatan 4, 500 pekerjaan.

Kadar pengangguran pula jatuh kepada 6.2% pada bulan September. Para penganalisis menjangkakan kadar pengangguran naik kepada 6.3%. Kejatuhan dalam kadar pengangguran di Kanada adalah disebabkan ekonomi berjaya mencipta lebih banyak peluang pekerjaan.

Bank of Canada telah menaikkan kadar faedah sebanyak dua kali tahun ini yang disokong dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah kali ketiga untuk BOC merosot selepas komen yang kurang hawkish oleh Poloz minggu lalu. Namun, selepas data pekerjaan Kanada dikeluarkan hari ini, potensi kenaikan naik dari 12.2% kepada 18% yang menunjukkan keyakinan pasaran yang semakin meningkat.

“Saya rasa ini akan terus menaikkan jangkaan BOC terhadap kenaikan kadar gaji dan tekanan kepada harga dalam ekonomi Kanada,” kata Derek Holt, naib presiden economics di Scotiabank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat