Data Pekerjaan Kanada Positif, Usd/Cad Menjunam Sejurus Data Dikeluarkan

56

Data pekerjaan Kanada yang turut diumumkan pukul 9.30 malam tadi membantu Dolar Kanada untuk menguat dengan Usd/Cad menjunam 83 pip sejurus data dikeluarkan.

Jumlah pekerjaan di Kanada meningkat 53,700 pada Disember. Data positif ini adalah peningkatan selama lima bulan berturut-turut termasuk 43,900 peningkatan yang dicatatkan pada bulan Oktober. Jangkaan penganalisis bagi data kali ini ialah kejatuhan sebanyak 5,100 pekerjaan.

Kadar pengangguran pula naik kepada 6.9% dari 6.8% bulan sebelum. Sementara kadar penyertaan dalam keseluruhan tenaga buruh (participation rate) meningkat kepada 65.8% dari 65.6%. Participation rate ialah jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja dan aktif mencari pekerjaan di dalam sesebuah Negara.

Data pada hari ini begitu positif dengan jumlah pekerjaan sepenuh masa meningkat sebanyak 81,300, manakala pekerjaan sambilan pula merudum sebanyak 27,600.

Secara keseluruhan, data yang dikeluarkan ini positif dengan peningkatan dalam pekerjaan sepenuh masa. Hal ini menandakan pasaran pekerjaan Kanada yang semakin baik, berbanding sebelum ini yang merekodkan penyusutan dalam pekerjaan sepenuh masa.

Sejurus data ini dikeluarkan, dolar Kanada menguat secara mendadak, dengan Usd/Cad membuat terjunan 83 pip dan ketika ini dilihat terus membuat penurunan, walaupun ada sedikit pullback sebentar tadi.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat