Data Pekerjaan Melonjakkan Aussie, Tumpuan Terarah Pula Pada Data Ekonomi Zon Eropah

314

Matawang dolar Amerika didagangkan lemah berbanding Euro pada Rabu berikutan masih dibayangi faktor pertumbuhan ekonomi di China yang lebih baik daripada jangkaan sekaligus memulihkan sentimen pasaran semasa.

Selain itu juga, data pengeluaran perindustrian di Amerika Syarikat yang lemah pada Selasa turut memberi kesan terhadap dagangan USD untuk terus mengukuh.

Sementara Euro pula didagangkan meningkat pada Khamis selepas faktor pengukuhan pada data China menguatkan lagi unjuran pertumbuhan ekonomi global dengan pelabur akan menunggu isyarat daripada data ekonomi pada zon Eropah pada sesi pasaran Eropah hari ini.

Data PMI perkilangan dan perkhidmatan akan menjadi tumpuan pelabur khususnya di Jerman dan Perancis untuk menentukan hala tuju dagangan Euro selepas ini.

Pound Sterling pula didagangkan berisiko pada Rabu selepas data ekonomi yang dikeluarkan mencatatkan bacaan yang lemah. Data indeks harga pengguna di UK kekal di paras rendah iaitu pada 1.9% meleset daripada jangkaan kenaikan kepada 2.0% oleh pasaran.

Data jualan runcit di UK pada sesi Eropah hari ini akan turut memberi kesan terhadap dagangan GBP dan dengan jangkaan penurunan pada bacaan data akan menambahkan lagi tekanan buat Sterling.

Pada sesi pasaran New York semalam, data ekonomi Kanada pula menghiasi pasaran kewangan. Antara yang menjadi tumpuan adalan kadar inflasi di Kanada untuk bacaan pada bulan Mac yang masih kekal rendah di paras 0.7% seperti bacaan sebelumnnya.

Tumpuan untuk Loonie pada hari ini pula akan terarah pada data jualan runcit pada 8.30 malam ini dengan jangkaan bacaan yang meningkat oleh pasaran.

Matawang komoditi dolar Australia pula yang didagangkan lemah semalam kembali melonjak pada sesi dagangan Asia hari ini susulan laporan data pekerjaan dikeluarkan. Kadar pertambahan pekerjaan di Australia untuk Mac meningkat 25,700 jauh lebih tinggi daripada jangkaan kenaikan 15,200 pekerjaan berbanding pada data sebelum ini iaitu pada 10,700 pekerjaan pada Februari.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat