Data Pekerjaan New Zealand Mampu Sokong NZD/USD Naik Lebih Tinggi?

91

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang NZD/USD kekal menampilkan corak trend bullish untuk tempoh 3 minggu berturut-turut selepas mencecah paras terendah 2 tahun pada 13 Oktober lalu.

Dolar New Zealand masih berjaya bertahan untuk didagangkan stabil berbanding US dolar yang dihujani pelbagai faktor dan spekulasi membuatkan pelabur tetap berwaspada menilai pergerakan raja mata wang itu.

Tumpuan pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Rabu), laporan data pekerjaan New Zealand telah memaparkan bacaan yang bercampur dengan peningkatan 1.3% adalah lebih tinggi berbanding jangkaan 0.5% untuk pertambahan pekerjaan bagi suku ketiga.

Namun, kadar pengangguran pula kekal di paras 3.3% meleset berbanding jangkaan untuk menurun ke paras 3.2%.

Dolar New Zealand walau bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi yang ketara selepas terbitan laporan tersebut, namun tetap meningkat ke penghujung sesi Asia pada tempo yang perlahan.

Dapat diperhatikan pada carta NZD/USD bahawa harga masih cuba untuk menyambung corak menaik pada pagi ini walaupun berlaku penurunan drastik pada sesi sebelumnya.

Pada Selasa semalam, harga telah membuat kenaikan sehingga ke paras sekitar 0.59000 mencatatkan paras tertinggi 6 minggu sebelum berlaku penurunan semula di sesi New York susulan pengukuhan US dolar.

Penurunan harga walau bagaimanapun disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta NZD/USD tersebut, menunjukkan harga masih bergerak dalam trend bullish.

Sekiranya kenaikan harga masih berjaya dikekalkan, sasaran lebih tinggi untuk dituju adalah pada 0.59300 selepas mengatasi ketinggian dicapai semalam.

Namun jika corak kenaikan telah gagal untuk dikekalkan, penurunan harga sekiranya melepasi sokongan MA50 akan menguji paras sokongan 0.58000 pada zon RBS (resistance become support).

Selepas pelabur menilai isyarat perubahan trend bearish, harga dilihat akan menuju ke zon sekitar 0.57300 sebelum penurunan yang dilanjutkan boleh mencecah sehingga 0.56000.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat