New Zealand dolar melonjak ke paras tertinggi dua minggu lalu apabila kadar pengangguran berkurangan ke paras terendah sejak 2008.
NZD/USD melonjak hampir 100 pip selepas data pekerjaan dikeluarkan dan ketika ini berada di sekitar 0.6912.
Kadar penyertaan tanaga buruh dalam pasaran pekerjaan meningkat ke paras tertinggi 71.1% yang menunjukkan lebih ramai orang yang keluar mencari pekerjaan. Dalam masa yang sama kadar gunatenaga juga capai paras tertinggi.
Indeks kos buruh yang menunjukkan kadar gaji di New Zealand meningkat kepada 1.9% dari 1.7%. Ini adalah bacaan tertinggi sejak September 2012.
Walaupun dengan data yang memberangsangkan hari ini, pelabur masih lagi bimbang dengan polisi yang dibawa oleh kerajaan Ardern yang mahu menambah mandat ‘gunatenaga penuh’ (full-employment) dalam mandat bank pusat.
“RBNZ dan kami penganalisis akan melihat keadaan semasa dalam pasaran pekerjaan dalam tempoh suku tahunan terkini,” kata Zoe Wallis, ketua penganalisis ekonomi di Kiwi Bank.
“Data hari ini menunjukkan tekanan kepada petunjuk inflasi,” tambah beliau.
“Kami percaya tekanan kadar gaji akan meningkat beberapa tahun lagi dan mempengaruhi kenaikan kadar faedah RBNZ.”
Selepas data ini dikeluarkan, bon kerajaan New Zealand merosot seterusnya menolak hasil-bon lebih tinggi.