Data Pengeluaran Perindustrian Jerman Positif Menyokong Dagangan Pada EUR/USD

488

Matawang dolar Euro didagangkan meningkat menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah hari ini berikutan data ekonomi yang dikeluarkan.

Data pengeluaran perindustrian di Jerman mencatatkan peningkatan kepada 0.5% berbanding jangkaan penurunan kepada -0.5% oleh pasaran daripada data sebelum ini yang dikemaskini pada 0.4%.

Sementara matawang dolar Amerika Syarikat masih didagangkan berisiko ekoran ancaman Presiden Donald Trump berkenaan kenaikan tarif terhadap barangan China kini dilihat bakal menggugat perkembangan proses rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Situasi ini memberi peluang untuk Euro mengukuh berbanding USD walaupun kedua-dua matawang masih dilihat berisiko dalam pasaran semasa.

Dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD, harga telah membuat kenaikan sejak sesi pasaran Asia hari ini di sekitar paras Magic Pivot 1.1191 menuju ke paras resistance 1.1216 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Kenaikan harga akan menguji paras ketinggian yang dicapai semalam sebelum meneruskan kenaikan menuju ke paras resistance 1.1242 (MagicR2). Jika paras tersebut berjaya dilepasi harga, paras resistance pada 1.1267 (MagicR3) bakal menjadi paras tumpuan harga pada kenaikan yang seterusnya.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka akan cuba melepasi paras support 1.1164 (MagicS1) yang juga merupakan paras terendah dagangan harian semalam.

Penurunan harga yang diteruskan dilihat akan menuju pula ke paras support 1.1139 (MagicS2) yang menjadi paras lonjakan harga pada penghujung minggu lalu.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1164, 1.1139, 1.1113.

Paras resistance: 1.1216, 1.1242, 1.1267.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat